Baru seminggu bergelar pemancing saya mencabar diri untuk berjinak-jinak dengan gelombang laut. Seminggu sebelum trip, saya mencuba nasib menghubungi tuan punya blog http://pancingport.blogspot.com alias Tekong Siparipari untuk membuat tempahan. Ternyata nasib menyebelahi saya kerana hasil perbincangan, beliau bersetuju untuk membawa saya memburu pada 30/11 kerana keadaan air menyorong besar yang sesuai memburu tetanda ketika itu. Sewa yang dikenakan sangat berpatutan iaitu RM 150 seorang/boat.
Bermula sebuah perjalanan
Gambar : Jeti Kg. Nelayan Teluk Gong
Seawal pukul 8 pagi saya telah pun sampai di Jeti Kg. Nelayan Teluk Gong. Cuaca yang cerah dengan bunyi unggas bersama hamparan ombak sayup-sayup terdengar. Sambil menunggu tuan Tekong, saya mengambil kesempatan berbual-bual dengan abang Jai yang sedang menunggu kaki pancing untuk bersedia dihantar ke rumah rakit. Baru saya tahu rupanya di telok gong ini ada perkhidmatan sebegini disediakan. Dengan sewa rm 30, seorang boleh melepaskan giant memancing 12 jam di rumah rakit yang telah sedia dengan semua kelengkapan asas seperti tandas, dapur untuk memasak dan set bbq. Satu hari nanti saya pasti akan mencubanya..
Gambar : Rumah rakit kelihatan dari jeti
Pukul 9.30 pagi bermulalah perjalanan kami. Sebelum sampai ke port memancing di pulau ketam kami singgah di Sungai Labuhan Gurap untuk menjala umpan yang terdiri dari udang hidup dan anak ikan belanak.
Gambar : Tekong dan Amat asik menjala umpan
Lebih kurang sejam perjalanan kami pun sampai di kawasan sangkar pulau ketam. Alatan pun disiapkan dan bermulalah aktiviti memancing.
Gambar ; Bersebelahan dengan Greenway Pulau Ketam
Belum sampai 5 minit melabuhkan umpan, joran tuan Tekong disentap hebat oleh spesies yang tidak dapat dipastikan. Apalagi dengan pantas tuan Tekong menyerahkan joran tersebut kepada saya. Dengan terpinga-pinga saya pun cuba mengaplikasikan kemahiran mancing yang saya perolehi daripada youtube. Setelah beberapa minit akhirnya spesis pulutan berjaya dinaikkan.
Biarlah gambar dibawah berbicara :
Lesen kerapu hibrid lebih kurang 500 g. Saya dan tekong berkongsi ikan kerana menurut pemerhatian umpan saya dimakan dahulu kemudian umpan tekong.
Sahabat kami amat dengan hasil tangkapan yang terbesar untuk trip ini. 6.7 Kg
Kerapu hibrid idaman kami
kerapu hibrid kedua yang berjaya dinaikkan oleh tuan tekong
antara umpan yang digunakan
sebelum sauh dinaikkan untuk pulang kepangkalan. saya dikejutkan dengan santapan tetanda yang comel ini.
Hasil keseluruhan tangkapan pada kali ini. Alhamdulillah.
Kami pun pelang ke Jeti sekitar pukul 7.30 malam dengan hati yang berbunga-bunga.
Sekalung Budi
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Tekong Bot, abang Zambri dan En. Amat kerana sudi memberi tunjuk ajar.
nak mintak no telefon tekong bro
ReplyDeleteBerminat sangat2. Kalau tekong terbaca, mohon sangat2 whatsapp saya detail berapa harga pakej. Whatsapp saya 0196242403
ReplyDeleteBerminat sangat2. Kalau tekong terbaca, mohon sangat2 whatsapp saya detail berapa harga pakej. Whatsapp saya 0196242403
ReplyDeleteMaaf semua baru perasan msg.. ni no tekong ye..0173305215 along zam..watssap or call
ReplyDelete