Tuesday, 19 July 2016

Perihal Serama :

Serama Bung Rhoma

Assalamualaikum wbt

Kali ni RS nak update  berkenaan  perkembangan serama RS yang diberi nama Bung Rhoma. Nama ini RS pilih kerana tersangatlah minat dengan artis dangdut lagenda ini yang berasal dari Indonesia. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan muzik dangdut ke seantero dunia dengan keunikan lirik lagu berunsurkan nasihat dan keTuhanan. Maka dari itu RS nak memorikan nama beliau pada haiwan peliharaan kesukaan RS ini.

Ok, untuk pengetahuan semua, Bung Rhoma RS beli daripada En. Jamsari seorang otai serama yang duduk di Pekan Dengkil Selangor. Bung Rhoma yang berwarna rinting ini RS beli pada 9 Jun 2016 ketika usia Bung Rhoma lebih kurang sebulan setengah.Harga asal Bung Rhoma sebelum di nego ialah Rm200, Alhamdulillah dengan jasa baik En. Jamsari harga berjaya dikurangkan kepada RM100 dan yang lebih menarik beliau bermurah hati melepaskan seekor induk remaja dengan percuma. Terima Kasih En. Jamsari. Untuk rekod, menurut En Jamsari bapak Bung Rhoma ini telah dijual pada harga RM4,500..Woww!.. Jom layan gambar-gambar di bawah untuk melihat transformasi terkini Bung Rhoma.

Gambar diambil 11 Jun bersama Induk Remaja(belum diberi nama)

Oh ya..untuk rekod jua, Induk Remaja diatas tu lah yang sekarang tengah mengeram telur 11 biji (rujuk post sebelum)
16 Jun (selepas seminggu dibeli)

21 Jun (lebih kurang 2 minggu dari tarikh beli)

26 Jun (lebih kurang 2 minggu lebih  dari tarikh beli)

29 Jun (lebih kurang 3 minggu dari tarikh beli)

14 Julai

18 Julai (lebih kurang sebulan 10 hari dari tarikh beli)
Memandangkan hari ini sudah 20 Julai 2016, bermakna Bung Rhoma sudah sebulan 12 hari berada dalam jagaan RS. Nampak tak perubahan positif Bung Rhoma?makin lama makin hensem kan??hehe


ok dulu

Salam

Thursday, 14 July 2016

Perihal Serama :

Pengeraman bermula..

Alhamdulillah harini 14.7.2016 selepas lebih kurang 14 hari bertelur dengan jumlah 11 biji telur kesemuanya maka bermulalah proses mengeram telur. Nak tahu macam mana tanda-tanda pengeraman telur bermula?..mudah sahaja.. antaranya apabila induk yang tidak berganjak daripada kotak telur sepanjang hari dan apabila sebarang objek asing yang cuba mendekati sang induk tadi akan mengerang sambil menggerakkan bulu-bulu dibadannya supaya nampak garang sebagai tanda amaran agar objek tadi menjauh.





Biasanya  telur serama mengambil masa kira-kira 20-21 hari eraman sebelum menetas. Dan jangkaan telur yang berjaya ditetaskan sehingga 60-70 %.. Doakan semoga serama RS berjaya mendapat anak yang comel2..ameen..

ok sekian dulu..

Ridwan Sanaudi


Saturday, 2 July 2016

Perihal Serama

Seramaku Bertelur..

Telur pertama

Alhamdulillah pada 1 Julai 2016 bersamaan 26 ramadhan 1437 Hijrah di hari penghulu segala hari.Ketika pulang dari kerja, RS dikejutkan dengan suara kokok serama RS yang tak henti henti seolah-olah ingin memberitakan sesuatu. Rupa-rupanya wah!! Alhamdulillah ucapan pertama keluar dari mulut RS apabila melihat sebiji telur yang comel di penjuru reban.
Pembaka dan Induk
Untuk pengetahuan semua, pasangan serama ini merupakan pasangan serama serama yang RS ada setelah lama tidak berkecimpung dalam hobi memelihara serama. Kali terakhir RS memelihara serama iaitu sekitar tahun 2003 setelah RS berangkat ke Tanah Melayu demi mengejar cita-cita. Hobi ini terpaksa dipendam sehinggalah pada penghujung bulan Mei 2016 RS melawat pameran dan pertandingan suara burung di Taman Wetland Putrajaya. Di dalam pertandingan itu terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis burung peliharaan seperti merbuk, merpati, tekukur dan ayam serama. Apabila melihat ayam serama yang comel-comel dengan pelbahai corak dan warna membuat hati RS tersentuh untuk membela semula ayam serama.

Pembaka Saiz A dengan berat 353gram
Induk Saiz A dengan berat 295gram

Pasangan Kekasih

Baiklah, kembali kepada cerita bertelur tadi, erm..sungguh dalam hati sangat teruja dengan rezeki anugerah Allah ini..mana tidaknya pasangan serama RS ini baru sahaja seminggu dipasangkan (bermula 23 Jun 2016) telahpun menuai hasil sebiji telur dan sehingga artikel ini ditulis, bilangan telur telah bertambah sebiji lagi..!!

Doakan semoga pasangan serama RS dapat menimang cahaya mata dengan selamat. Ameen.

Ridwan Sanaudi