Serama Bung Rhoma
Assalamualaikum wbt
Kali ni RS nak update berkenaan perkembangan serama RS yang diberi nama Bung Rhoma. Nama ini RS pilih kerana tersangatlah minat dengan artis dangdut lagenda ini yang berasal dari Indonesia. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan muzik dangdut ke seantero dunia dengan keunikan lirik lagu berunsurkan nasihat dan keTuhanan. Maka dari itu RS nak memorikan nama beliau pada haiwan peliharaan kesukaan RS ini.
Ok, untuk pengetahuan semua, Bung Rhoma RS beli daripada En. Jamsari seorang otai serama yang duduk di Pekan Dengkil Selangor. Bung Rhoma yang berwarna rinting ini RS beli pada 9 Jun 2016 ketika usia Bung Rhoma lebih kurang sebulan setengah.Harga asal Bung Rhoma sebelum di nego ialah Rm200, Alhamdulillah dengan jasa baik En. Jamsari harga berjaya dikurangkan kepada RM100 dan yang lebih menarik beliau bermurah hati melepaskan seekor induk remaja dengan percuma. Terima Kasih En. Jamsari. Untuk rekod, menurut En Jamsari bapak Bung Rhoma ini telah dijual pada harga RM4,500..Woww!.. Jom layan gambar-gambar di bawah untuk melihat transformasi terkini Bung Rhoma.
Gambar diambil 11 Jun bersama Induk Remaja(belum diberi nama) |
Oh ya..untuk rekod jua, Induk Remaja diatas tu lah yang sekarang tengah mengeram telur 11 biji (rujuk post sebelum)
16 Jun (selepas seminggu dibeli) |
21 Jun (lebih kurang 2 minggu dari tarikh beli) |
26 Jun (lebih kurang 2 minggu lebih dari tarikh beli) |
29 Jun (lebih kurang 3 minggu dari tarikh beli) |
14 Julai |
18 Julai (lebih kurang sebulan 10 hari dari tarikh beli) |
ok dulu
Salam