Alhamdulillah..Selamat membaca dan salam perkenalan buat semua. Harini merupakan hari yang bersejarah dalam hidup saya kerana ia akan menjadi saksi diatas cita-cita dan harapan yang sudah lama terpendam untuk memiliki sebuah blog sebagai salah satu wadah untuk saya menterjemahkan segala rasa, pemikiran bahkan sedikit pengalaman hidup saya lewat tulisan..Apa tidaknya melihat teman-teman, kenalan yang rancak ber-blogging menjadikan diri tercabar untuk bersama-sama memeriahkan lagi dunia blogging..
Kerana bagi saya blog ibarat mata pisau, kegunaannya bergantung kepada niat si pemunya..Samada untuk memotong bawang, cili , sayur, ikan untuk dimasak sebagai hidangan keluarga ataupun digunakan untuk menikam/membunuh mahluk yang tidak berdosa..Jika niat kita baik maka kesudahan yang baik jualah yang akan diterima..
Joran #1
Justeru itu, sebagai langkah permulaan ke dunia blogging ini, saya memutuskan untuk berkongsi pengalaman pertama saya memiliki joran dan memancing ikan air tawar bersama rakan.
Gambar 1: Kekili yang disyorkan oleh member Yusof, saya beli kat kedai pancing Dengkil. Menurut tawke kedai, kekili ni sesuai untuk pancing air masin dan tawar.Harga RM105.
Kekili yang disyorkan oleh teman kerja saya diatas akan dijodohkan dengan rod pancing yang disedekahkan kepada saya oleh beliau (alhamdulillah jimat duit saya dan semoga rezeki Yusof mencurah2)..
Misi #1 : Dari Talapia ke Sepat & Rohu..
23.11.2013 (sabtu) , bertempat di kawasan memancing sekitar Ulu Yam saya dan rakan saya merangkap sifu pancing pulau perhentian Zamtira berhajat besar membawa pulang ikan talapia.Misi bermula seawal pikul 8 pagi di Empangan Batu.
Gambar 2: Zamtira sedang kusyuk menyediakan umpan
Gembira rasa hati bila dapat belajar cara-cara menyediakan umpan dan membaling umpan dari joran..Risau jugak tersangkut kat telinga Zamtira, mujurlah kejadian tidak berlaku.
Setelah lebih kurang 2 jam menunggu, seekor ikan pun belum mengena, Zamtira dan saya memutuskan untuk menukar misi memburu sepat di bekas lombong berdekatan rumah beliau di Ulu Yam. Memang benarlah kata orang, memancing memerlukan kreativiti dan kesabaran yang tinggi. Pukul 10.30 pagi kami pun bergerak ke destinasi memburu sepat.
Gambar 3: nilah bekas lombong yang dimaksudkan.
Sampai sahaja di kawasan kolam kelihatan anak-anak sepat seolah melambai-lambai dipermukaan air meraikan ketibaan kami.Teruja rasa dihati sehinggakan balingan pertama tersangkut di dahan pokok kayu tempat kami berteduh.Walau bagaimanapun hasilnya...Jom layan gambar dibawah.
Gambar 4: Hasil pertama Sepat dan Rohu
Gambar 5 : Hasil yang ke 23 kot..huhu
Gambar 6: Hati berbunga-bunga ketika ini
Gambar 7 : Alhamdulillah rezeki harini..
Misi ditangguhkan pada pukul 2.00 petang dengan hasil tangkapan sepat lebih kurang 30 ekor dan 2 ekor puyu..Alhamdulillah , terima kasih ya Allah diatas rezekimu, pengalaman pertama yang sukar dicari ganti..
Sekalung Budi
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Zamtira yang sudi mengajar teknik-teknik memancing sepat, Yusof yang meminjamkan toolbox pancing. Serta Isteriku dirumah yang sabar menunggu kepulangan suamimu.
Sekian